Sunday, July 3, 2011

Dosa besar yg membawa kemurkaan Allah


1.       MAKSUD DOSA
·         Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhannya
2.       FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MANUSIA MELAKUKAN DOSA
·         terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
·         ingin hidup bebas tanpa batasan agama
·         sikap angkuh dan sombong kerana harta dan pangkat
3.       JENIS-JENIS DOSA
i)           DOSA BESAR
·          Maksud
§       Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat
·          Contoh
§       Minum arak, berzina, membunuh
§       Mengumpat dan derhaka kepada ibu bapa
·          Akibat buruk jika melakukan dosa besar
§       Dikenakan hukuman kisas, hudud dan takziz
§       Menerima seksa neraka jika tidak bertaubat
ii)          DOSA KECIL
·          Maksud
§       Kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat
·          Contoh
§       Melihat aurat bukan muhram
§       Bercakap perkara yang tidak memberi faedah
·          Akibat buruk jika melakukan dosa kecil
§       Jika dilakukan secara berterusan boleh menjadi dosa besar

1.       CONTOH-CONTOH DOSA BESAR
i)           MENGHINA DAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA
·         Sebab perlu mentaati ibu bapa
§         Mereka memeliahara kita sejak kecil hingga dewasa dengan penuh kasih sayang
§         Mereka menyediakan segala keperluan untuk kita supaya kita hidup dengan selasa
§         Mereka mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara
§         Mereka sanggup berkorban demi kebahagian kita
·         Cara menghormati ibu bapa
§         Mendengar nasihat dan tunjuk ajar mereka
§         Menghormati mereka setiap masa
§         Menjaga mereka dengan baik semasa mereka tua
§         Bersopan dan berlemah lembut apabila berbicara dan berhadapan dengan mereka
·         Perlakuan yang dikatogerikan menderhaka kepada ibu bapa
§         Melawan percakapan ibu bapa
§         Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka
§         Tidak mendengar nasihat dan teguran mereka
§         Menghina dan memandang rendah ibu bapa yang miskin
·         Balasan yang dijanjikan oleh Allah terhadap anak yang derhaka
§         Menanggung kesusahan hidup di dunia yang berpanjangan
§         Tidak mendapat rahmat Allah
§         Terputus rezeki daripada Allah
§         Akan mendapat azab daripada Allah di akhirat kelak

i)           MENIPU DAN BERBOHONG
·         Maksud menipu:
§         Iaitu melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri atau memudaratkan orang lain.
·         Maksud berbohong :
§         Tidak bercakap benar atau memalsukan fakta dan maklumat yang menyusahkan orang lain.
·         Hukum : haram dan berdosa besar
·         Ia boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen, mencampurkan buah yang elok dengan yang busuk

i)           MENCURI DAN MEROMPAK
·         Maksud mencuri :
§         Mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan ditempat simpanannya tanpa izin
·         Maksud merompak :
§         Mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan ditempat simpanan tanpa izin
·         Haram kerana ia perbuatan yang hina dan mengganggu ketenteraman masyarakat dan negara
·         Islam mengenakan hukuman hudud iaitu memotong tangan pencuri sekiranya barang yang dicuri mencukupi kadar tertentu dan sabit kesalahan

i)           RIBA'
·         Maksud :
§         Faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan yang sejenis termasuk juga mata wang
·         Hukum : haram dan berdosa besar
·         Jenis-jenis riba' :
§       riba' al-fadhal :
pertambahan yang diperolehi melalui pertukaran barang yang sama sepertinya
§       riba' an-nasiah :
pertambahan yang diperolehi kerana menangguhkan tempoh bayaran
·         Hikmah pengharaman riba' :
§       membenteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
§       mewujudkan kestabilan ekonomi masyarakat
§       menggalakkan semangat tolong-menolong sesama manusia

i)           MAKAN HARTA ANAK YATIM
·         Sebab-sebab dilarang memakan harta anak yatim:
§       anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
§       mengelakkan anak yatim hidup terbiar dan melarat
§       mengelakkan berlaku pergaduhan dan terputus sifat silaturrahim

i)           LARI DARI MEDAN PERANG
·         Akibat lari dari medan perang :
§       dipandang hina oleh masyarakat
§       umat islam akan ditindas
§       memberi peluang kepada musuh menghapuskan agama dan umat islam

i)           MENGUMPAT DAN MEMFITNAH
·         Maksud :
§         Mengata atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya
·         Sebab-sebab mengapa fitnah boleh terjadi :
§       ingin melihat orang lain menderita
§       takut persaingan hidup
§       tidak mahu mengakui kelebihan orang lain
·         Akibat dari perbuatan fitnah :
§       berlaku permusuhan dan huru hara
§       masyarakat islam akan sentiasa mundur
§       putus silaturrahim dan menghalang perpaduan
·         Cara mengelakkan diri dari melakukan fitnah :
§       Redha dengan ketentuan Allah
§       Menyemai sifat kasih sayang sesama muslim
§       Sentiasa melakukan muhasabah dirimeningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan amalan soleh

i)           MINUM ARAK DAN MENAGIH DADAH
·         Maksud arak :
§         Minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam
·         Maksdu dadah :
§         Sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir
·         Hikmah pengharaman arak :
§       menjaga kewarasan akal manusia
§       mengelakkan perkelahian dan permusuhan
§       mengekalkan kesihatan fizikal dan mental
§       menjamin keharmonian keluarga dan masyarakat
·         Langkah mencegah perbuatan minum :
§       Perlu sedar bahawa minum arak dan menagih dadah adalah berdosa besar
§       Masyarakat perlu mengamalkan cara hidup sihat dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan / riadhah
·         Kesan buruk arak bagi individu
§       membazir harta, masa dan tenaga
§       menjatuhkan maruah diri dan keluarga
§       terdedah kepada kegiatan jenayah seperti pergaduhan, mencuri dan membunuh
·         Kesan buruk arak bagi masyarakat
§       menjadi mundur kerana anggotanya tiada berdaya maju
§       dipandang hina kerana ahlinya berakhlak buruk
§       tidak tenteram kerana berlaku permusuhan dan perkelahian

i)           ZINA
·         Maksud :
§       Persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah
·         Hukum zina dan perbuatan yang mendorong kepda zina : berdosa besar
·         Contoh perbuatan yang mendorong kepada zina :
§       melihat, merenung, bercakap antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram tanpa hajat yang diharuskan syarak, duduk berdua-duaan ditempat sunyi, memakai pakaian yang menjolok mata dll.
·         Faktor yang menyebabkan seseorang melakukan zina
§       Kurang pendidikan agama
§       Lemah iman dan penghayatan islam
§       Mengunjungi tempat-tempat maksiat
§       Mengamalkan pergaulan bebas
·         Akibat buruk melakukan zina :
§       merendahkan maruah diri dan keluarga
§       mendapat kemurkaan allah dan mengundang bala
§       meruntuhkan institusi keluarga
§       melahirkan generasi keluarga yang tidak jelas nasabnya
·         Hukuman terhadap penzina ( yang melakukan zina )
§       bagi muhsan ( penzina yang telah berkahwin dengan cara yang sah ; direjam dengan batu sahingga mati
§       bagi ghair muhsan ( penzina yang belum berkahwin ) ; disebat seratus kali sebatan

i)           MENUDUH PEREMPUAN BAIK MELAKUKAN ZINA
·         Maksud :
§         Menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa empat orang saksi lelaki yang adil
·         Haram  kerana ia boleh menjatuhkan maruah tertuduh dan menyebabkan tekanan jiwa kepada tertuduh dan keluarganya serta menghancurkan masa depan
·         Hukuman jika membuat tuduhan palsu :
§       hukuman sebat 80 kali sebatan setalah melalui proses undang-undang kepada individu yang telah sabit keslahannya membuat tuduhan palsu

i)           LIWAT DAN MUSAHAQAH
·         Maksud liwat :
§       Hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki.
·         Maksud musahaqah :
§       Hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan
·         Faktor yang menyebabkan perbuatan liwat & musahaqah :
§       Terpengaruh dengan budaya liar
§       Tidak sanggup memikul tanggungjawab suami isteri
§       Membaca atau melihat bahan-bahan lucah
§       Kelemahan pelaksanaan undang-undang
·         Akibat jika melakukan liwat & musahaqah :
§       meruntuhkan institusi perkahwinan
§       menghidapi pelbagai penyakit fizikal dan mental
§       mendapat balasan azab di dunia dan akhirat

No comments:

Post a Comment